Re: Gastrik – Naturopathic Medicine Network

Re: Gastrik

Posted by sahirah on 03/01/05 at 07:39 PM


Saya merupakan seorang pesakit gastrik dan telah menghidapnya hampir 6 tahun. pelbagai cara telah dilakukan namun gagal dan kini saya cuma mengambil ubat zantec, dan kalau x tahan saya akan makan ubat losec. untuk pengetahuan saya juga pernah menjalani OGDS di tiga buah hospital iaitu di hospital lipis, mentakab dan kuantan. saya juga diberi tahu bahawa usus saya sudah nipis dan ketika OGDS, saya lihat usus saya ada calaran merah. sebagai langkah seterusnya, saya telah mengambil pil habbatus sauda’. Saya juga selalu mengalami sakit untuk membuang najis dan pernah membuang najis berdarah dan juga pernah berwarna hitam. saya amat risau dengan keadaan ini. saya juga cepat penat apabila melakukan sesuatu kerja dan apabila melakukan kerja-kerja yang berat sakitnya terasa. selepasa diserang penyakit ini saya tidak aktif macam dulu kerana apabila aktif rasa sakit akan terasa.adakah saya akan berterusan macam ini? atau adakah saya akan menghidap kanser usus dalam jangka masa yang panjang?saya terlalu buntu memikirkannya.


Replies
Posted By # Date & Time

Re: Re: Gastrik
yusdi abdullah 0 09/18/06 10:38 PM

Re: Re: Gastrik
Joanne 0 03/23/06 04:56 PM